Friday, 22 November 2013

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

Posted by Unknown On 02:08
WAU
 
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam berbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan berbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kerajinan tangan dan hiasan dinding

A.  ASAL USUL
·      Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Perkataan ini dikatakan berasal dari perkataan Thai. Ia adalah satu aktiviti yag menerbangkan layang-layang tersebut ke udara. Dimain oleh berbagai peringkat umur.
·      Layang-layang yang di Malaysia berasal dari Negara Cina. Walau bagaimanapun bila datang permain ini tidak tentu. Layang-layang dahulu diperbuat oleh daun kayu yang lebar.
·      Dahulu permain ini tiada nama. Dimainkan oleh anak-anak dan di tempat yang berangin. Satu waktu, seorang budak ini menangis “wa,wa,wa,wa…..” kerana talin waunya terputus. Maka terciptalah nama wau.
·      Wau wujud dari semangat padi. Seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa seorang anak perempuan yang cantik lalu mereka menjaganya. Suami itu selalu membawa minuman dan makanan di tempat anaknya bermain di rumah padi. Ini talah membuat isterinya cemburu dan dia memukul anaknya sehingga melarikan diri dan pergi ke angina barat. Setelah berbuat begitu, padi Isteri tidak berbuah. Mengikut nujum, anak itu adalah semangat padi. Dia harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan dan dinaikkan setelah menuai.
B.  CARA BERMAIN
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.
3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau:
·      Tekanan angin
  Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.
·      Daya tarikan graviti
 Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.
·      Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

a)   Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang berukuran kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.
b)  Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.
c)  Teknik menurunkan wau.
Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.





Categories:

0 komentar:

Post a Comment